DAHULU...
7-12 tahun:
Pagi.. Ayah hantar pergi sekolah rendah..
Tengahari.. ayah hantar bekal makanan, terus pegi sekolah agama..
Petang.. ayah ambik, balik.
13-14 tahun:
Pagi.. Mak hantar pergi sekolah agama.. balik, mak ambik.
Tengahari.. Mak ambik alih hantar pegi sekolah menengah (sesi petang)..
Lewat petang.. mak ambik, balik.
Kadang-kadang.. bila ada aktiviti kat sekolah, aku mintak mak hantar.
Kadang-kadang.. pergi balik sendiri naik bas awam.
15-17 tahun:
Pagi: pergi sekolah menengah..
Tengahari: tuisyen yang segala bagai..
Petang: balik.
Mak ajar berdikari.. pergi sendiri.. balik sendiri..
SEKARANG..
Mak dah berusia.. tapi, masih mengajar di sekolah..
Bila cuti semester, aku ada kat rumah..
Kadang-kadang.. mak pergi sendiri..
Kadang-kadang.. mak mintak hantar dia ke sekolah.
Bila hantar mak, nampak ibu ayah hantar anak-anak sampai ke pintu pagar..
Bila ambik mak, nampak ibu ayah tunggu anak-anak dengan sabar di pintu pagar..
Sambil tunggu mak balik dalam kereta, teringat: bukan ke situasi dah terbalik?
Menggamit memori 10 tahun dahulu..
Terdiam aku lihat mak yang sakit lutut, perlahan-lahan turun anak tangga... satu-per-satu..
Perlahan-lahan mak jalan...
Anak-anak murid memotong mak yang lambat, riang pulang ke rumah.
Terdiam aku.
Lagu ungu: doa untukmu ibu pon berkumandang dalam radio.......
Apakah perasaan ini?
sedih...
ReplyDeletesemua perasaan bercampur..
Delete